Saturday, August 20, 2011

~ VisTa pOinT TeChNoLOgieS ~




21 August 2011
Alhamdulillah.....da genap setahun setengah Ra bkerja dan mncari rezeki d cn...
Syukur sgt2, after grad, Ra terus dpt kerje...so stakat ni xde istilah mnganggur lg...alhamdulillah...sblm tu, Ra sempat mngikuti kursus Graduate Employibility Management Scheme (GEMS) anjuran Khazanah dan GLC selame sebulan stgah...byk ilmu yg Ra dpt dr program ni...dan disebabkan GEMS ni jugaklah, Ra bpeluang duk kat Shah Alam ni n xsmpi 2 bulan, Ra trus dterima bkerja kat Vista ni...alhamdulillah...



ps---> ups...kat atas tu pkaian rasmi Ra kat tmpt kje....cam ninja kan??? ^__^




ni pic Ra mse kat tmpt keje... =)















tapi...............................

skrg ni Ra rase nk cri keje laen.....
de byk sbb Ra nk tukar keje..... (~__~)



Friday, August 19, 2011

~ aNDai... ~



andai......
tiada kisah antara kita
tiada keindahan
tiada kebahagiaan
tiada perkongsian
tiada saat-saat indah
yang kita selami berdua

di pelayaran perhubungan

yang pernah ada ketikanya

kita tenggelam dalam gelora kasih sayang
pasti...

tiada sakit ini, sayang...

andai......

suatu tika dulu
tidak kau cuba dekati diri ini
tidak kau cuit hati ini
tidak kau ambil tahu akan diri ini

pasti kau tidak ku peduli
dan pasti...

tiada sakit ini, sayang...


andai......
kau lelaki sejati
tega kau sakiti hati seorang puteri?
menambah luka di jiwa ini
memarut pedih di hati

dan akhirnya membiar ku sendiri....


tp sayang......
itu semua hanyalah 'andai'
yang pasti...

semuanya telah terjadi

semuanya dah terpatri
di dalam lipatan memori
jauh di sudut hati ini...


(stelah brape lame x hasilkan puisi, cam xbrape bes lak..huhu...n tetibe nk mud sedey2 plak di subuh ari ni..huhu..~~
selami hati...mngenang diri.... ;p)

~ KeMBaLi...... ~



Ya Allah....
lamenye Ra xjenguk blog ni...
last entry pd 6 May 2009...skrg da 20 Ogos 2011...lame kn?? =)
da bersawang dah pon....huhu...~

mne Ra mghilang slame ni?
actually Ra ade je...sntiase on9 je..tp disebabkan Ra sibuk nak siapkan tesis degree, Ra terpakse rehat dr bceloteh x tentu hale kat cn.....n dsebabkan byk kekangan, da 2 tahun Ra brehat...fuhhh...lamenye...hihi... ^^

owwhh....anyway, slamat berpuase ye...
utk tahun 2009, 2010 dan 2011...
waaahhh....Ra ucap utk 3 tahun sekaligus...xde sape prnh wat tu..hihii..~~ (^^,)

haaa...gmbr kat ats tu diambil pd 1 July 2011 after 2 years xupload kat cn..
still cm dlu x?? ;p


p/s---> upss...da lame x post puisi...lenkali la ye..... (^_____^)


Wednesday, May 6, 2009

~ DaTaNgLaH PaDaKu ~


malam ini
aku bersamamu lagi
buat ke sekian kali
mungkin yang terakhir barangkali

menatapmu, merenungmu, menjamahmu
amat kudambakan saat ini
kutagihkan sesuatu darimu
yang tika ini amatku perlu

datanglah padaku
dekatlah dihatiku
selalulah dimindaku
kau amatku perlu
menempuh hari perjalanan hidupku

cuba ku selami isi hatimu
cuba ku fahami kandungan dirimu
cuba ku ingati tentang hidupmu
cuba ku hayati satu-persatu

kuyakini
satu hari nanti
pasti kan kurindui
saat-saat begini
bersama berdua di malam sepi
untuk kita saling memberi

........
.........
............



(puisi ni merujuk kepada nota2 yg Ra perlu baca mlm ni..esok dah last paper..doakan Ra k! =)....Ra da xde idea n perlu smbg stdy..so, puisi 2 terhenti cm2 je..hehe~)

Tuesday, May 5, 2009

~ KeNanGaN itU MeNjeLMa LaGi ~
















kenangan itu menjelma lagi...





kenangan itu menjelma lagi

memapar kisah diri ini
tika itu begitu bererti
bersama dia yang sentiasa di hati
insan pertama mengubat sepi

kenangan itu menjelma lagi
dunia seakan seindah pelangi
bumi seakan milik sendiri
langit seakan dipenuhi bidadari
menari seirama seindah puisi
terlukis indah di kanvas hati...

kenangan itu menjelma lagi
suatu tika bertukar melodi
diri tidak lagi dihargai
pengorbanan tiada lagi bererti
kesetiaanku tidak mengusik hati
perhatian dianggap mengganggu diri
semuanya berubah menghiris hati

kenangan itu menjelma lagi
menyingkap segala memori lalu
kenangan terindah dalam hidupku
catatan terperit dalam diariku
akhirnya membawa aku
menjadi diri yang serba baru..

kenangan itu menjelma lagi
biarkan ia sentiasa datang
tapi tak mungkin kubiarkan berulang
biarkan ia menjadi kenangan
memori terindah terpahit untuk kukenang
menjadi pedoman di hari mendatang


nukilan: eDzRa

~ KeNaPa CiNta SuSaH DaTaNg?? ~



~ KeNaPa CiNta SuSaH DaTaNg?? ~




Kenapa cinta susah datang?
Walau mata sudah bertentang,
Walau hati sudah bergoncang,
Walau Sayang sudah terbentang,


Kenapa cinta susah datang?

Bila kekusutan selalu dikongsi,

Bila sayang sama berbahagi,

Bila melodi bertukar ganti,


Kenapa cinta susah datang?

Walau hati menggigil menahan rindu

Walau wajahmu tak terpadam dihatiku
Walau hatiku seakan-akan milikmu


Kenapa cinta susah datang?

Bila hati mula tak keruan,

Bila pertanyaan jadi soalan,

Bila jawapan jadi pertaruhan,


Kenapa cinta susah datang?

Walau ia ujian kesabaran

Walau jodoh bukan ketentuan

Walau ini kehendak tuhan

Kenapa cinta susah datang??

Sebab cinta tiada paksaan

Sebab sayang hanya persahabatan

Sebab takdir yang layak menentukan

______________________________________________________



andai benar takdir mengadili
patutkah aku hanya menanti
yg datangnya tidak ku pasti
yg kunjungnya seringku nanti??

dan... dapatkah kugapai cinta sejati
yg khabarnya telah terpatri
dari dulu sejak azali??

hanya Tuhan Yang Mengerti
hati sunyi tiada ditemani
jiwa kosong berteman sepi
mengharapkan cinta mengisi hati..


Nukilan: eDzRa

~ KeJe..!! ~

hahaha~
de something yg Ra nk kongsi ngan sume..
ngah bosan td, duk la belek emel2 lame..
then jmpe sesuatu yg menarik bg Ra..
lg2 skrg ni Ra duk sibuk cri keje...
kdg terpkir gak la cmne suasana keje eh??
haaa...jom tgk!!



Boss is not here Boss is calling

In a meeting Training Tea break

Before noon on weekendReady for getting off work Tomorrow is a holiday

-----------------------------------------------


Got today
's target from boss  Tough target


Find impossible to meet boss
's requirement



-----------------------------------------------


OT for 2hrs
OT for a whole night Being notified to OT on weekends



------------------------------------------------


M
istakes in work Little achievement Frustrating things happens




Finance person doesn't give the money: Being advised NO BONUS this year: 



haha...cmni ke kalo da keje??

mmg bes la kan?

mcm2 emosi ade...ekeke~ ^^

sape thu kat mne de keje kosong, gtau Ra k...hehehe~ =)