Wednesday, May 6, 2009

~ DaTaNgLaH PaDaKu ~


malam ini
aku bersamamu lagi
buat ke sekian kali
mungkin yang terakhir barangkali

menatapmu, merenungmu, menjamahmu
amat kudambakan saat ini
kutagihkan sesuatu darimu
yang tika ini amatku perlu

datanglah padaku
dekatlah dihatiku
selalulah dimindaku
kau amatku perlu
menempuh hari perjalanan hidupku

cuba ku selami isi hatimu
cuba ku fahami kandungan dirimu
cuba ku ingati tentang hidupmu
cuba ku hayati satu-persatu

kuyakini
satu hari nanti
pasti kan kurindui
saat-saat begini
bersama berdua di malam sepi
untuk kita saling memberi

........
.........
............



(puisi ni merujuk kepada nota2 yg Ra perlu baca mlm ni..esok dah last paper..doakan Ra k! =)....Ra da xde idea n perlu smbg stdy..so, puisi 2 terhenti cm2 je..hehe~)

3 comments:

wan muhamad zaidi said...

salam ziarah.. gud luck to final exam last paper yea..

eDzRa said...

thanx wan..thanx sudi ziarah.. =)

zaireey said...

pandainya berpiisi,ingatkan puisi cinta tadi

Post a Comment